Segalanya Disini

Mencari ke??

Followers

Wednesday, June 30, 2010

♥ Nasi Tomato ♥


nyummy..
peberet aku tau..
mudah tuk orang BUJANG


Resepi Nasi ~ untuk 6 orang makan

bahan-bahan

3 pot beras (air 3 pot)
3 sudu besar tomato puree
1/2 tin susu cair
1 biji tomato
1 biji lobak merah ~sesuai tuk aku yg x makan lobak
4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
1/2 cawan air kosong
1 sudu minyak (majerin pun boleh)
daun pandan


cara membuat

tomato , lobak , tomato puree,1/2 air td dimesin sekali

♥ tumis 4 sekawan terlebih dahulu bersama minyak (dalam periuk nasik tau)

♥ masukkan bahan yg dimesin berserta susu cair

♥ masukkan beras berserta air dan daun pandan

♥ tunggu sampai masak




sambil tunggu nasi masak...
jom buat AYAM MASAK MERAH


bahan-bahan

1 ekor ayam (digoreng garing)
1 ulas bawang besar
15 biji cili kering (digoreng dan direbus) (nak pedas tambah la lagi)
5 batang serai (dimayam)
3 ulas bawang merah
2 biji buah keras
5 biji - halia,bawang merah, (kira + 2 n = 10 ulas) ~ ditumbuk
4 sekawan
2 sudu tomato puree
1/2 tin susu cair
gula,garan dan secukup rasa


cara membuatnya

♥ tumis 4 sekawan

♥ tumis sekali dengan halia dan bawang yang ditumbuk

♥ cili kering,buah keras, serai, bawang merah dimesin dan dimasukkan selepas bahan tumis tadi..

bagi masak ye

♥ masukkan tomato puree, susu cair dan perasa, ~ biaq sampai pekat

♥masukkan ayam yg digoreng tadi

siap

hiaskan bawang besar atas tu k



post by :- Emak

selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

mempunyai pendapat?? Luahkan.. saya sedia menerima kritikan dan pendapat dari ada. Terima Kasih

Related Posts with Thumbnails