Segalanya Disini

Mencari ke??

Followers

Wednesday, June 30, 2010

✿ cara untuk dapatkan sambal yang sedap ✿

0 pinggan

mudah je
kalau terbeli cabai kering yang lurus tu
korang goreng dulu
dengan minyak panas
pastu baru rebus
dan mesin kan



* jenis aku, aku camporkan dengan bawang besar seulas, dan 2 keping asam keping...

✺ contess missyaniabdullah ✺

2 pinggan
1st time joint contess n
mekasih ye pada Cik yani sebab ajak joint
sekadar suka-suka je n
korang pun boleh joint
g tengok kat blog si cantik manis n ye




suka PIC n
kenangan di PLKN
di HITAM PUTIH kan sebab
kulit masing-masing dah
semakin gelap
maka dengan itu
di HITAM PUTIH kan la
(mengarut apa n..ish3)
n sahaja dari ku

tag :-



♥ Nasi Tomato ♥

0 pinggan

nyummy..
peberet aku tau..
mudah tuk orang BUJANG


Resepi Nasi ~ untuk 6 orang makan

bahan-bahan

3 pot beras (air 3 pot)
3 sudu besar tomato puree
1/2 tin susu cair
1 biji tomato
1 biji lobak merah ~sesuai tuk aku yg x makan lobak
4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
1/2 cawan air kosong
1 sudu minyak (majerin pun boleh)
daun pandan


cara membuat

tomato , lobak , tomato puree,1/2 air td dimesin sekali

♥ tumis 4 sekawan terlebih dahulu bersama minyak (dalam periuk nasik tau)

♥ masukkan bahan yg dimesin berserta susu cair

♥ masukkan beras berserta air dan daun pandan

♥ tunggu sampai masak




sambil tunggu nasi masak...
jom buat AYAM MASAK MERAH


bahan-bahan

1 ekor ayam (digoreng garing)
1 ulas bawang besar
15 biji cili kering (digoreng dan direbus) (nak pedas tambah la lagi)
5 batang serai (dimayam)
3 ulas bawang merah
2 biji buah keras
5 biji - halia,bawang merah, (kira + 2 n = 10 ulas) ~ ditumbuk
4 sekawan
2 sudu tomato puree
1/2 tin susu cair
gula,garan dan secukup rasa


cara membuatnya

♥ tumis 4 sekawan

♥ tumis sekali dengan halia dan bawang yang ditumbuk

♥ cili kering,buah keras, serai, bawang merah dimesin dan dimasukkan selepas bahan tumis tadi..

bagi masak ye

♥ masukkan tomato puree, susu cair dan perasa, ~ biaq sampai pekat

♥masukkan ayam yg digoreng tadi

siap

hiaskan bawang besar atas tu k



post by :- Emak

selamat mencuba

Monday, June 28, 2010

✿ Cara untuk dapatkan kuih kembung ✿

2 pinggan


ini adalah cucor udang
sebenarnya..
aku pun x berapa tau sangat
tapi setelah diuji dan di kaji dicuba dan terus mencuba
akhirnya, aku berjaya!!


aku xmo kedekut ILMU
aku kongsikan dengan korang semua


korang bancuh kuih mcm biasa,
selalu orang letak YIS
aku letak GULA lebih
kalau nak letak YIS pun boleh
masih sama

buat DONAT
MESTI guna cara n
untuk dapatkan donat yang lembut
mcm beli kat tepi jalan

lepas bancuh semua tu..
letak dalam bekas
dan TUTUP
kedap UDARA tau

letakkan kedalam PETI SEJUK
biar kan..
nak lebih cantik
biar semalaman

dah keluarkan dari peti sejuk
bentukkan doh menjadi apa ja kita nak
cth : buat donut ke, pak tongkol ke, coq kembung ka
ikut suka korang la
pastu goreng dalam minyak yang betul2 panas
pasti kan PANAS tau..


akhirnya... siap dan boleh dimakan

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, June 23, 2010

♥Ikan Bilis Nam Heng♥

0 pinggan
Maaf
...tiada Gambar...

♥♥ •.¸¸.•´¯`•..•´¯`•.¸¸.•♥♥


Ikan Bilis Nam Heng
di adaptasikan oleh seorang Guru

Bahan-bahan

Ikan Bilis [ikut kehendak sendiri]
Cili Padi ( dipotong) [ikut suka ja nak banyak mana]
Bwang Besar (dipotong) [juga ikut suka]
sedikit asam jawa [boleh diganti dengan limau nipis]
sedikit garam dan secukup rasa

Cara menyediakan nya :-

♥ ikan bilis digoreng garing

♥ setelah angkat kesemua ikan bilis tersebut buang kan minyak dan tinggalkan dalam 1 sudu minyak

♥ minyak tersebut akan digunakan untuk mengoreng bawang, dan cili padi

♥ setelah digoreng dan naik bau masukkan asam jawa, garam dan secukup rasa

♥ masukkan ikan bilis dan siap



✖ saya suka masam.. maka saya tambahkan belimbing buluh (goreng gak)

selamat mencuba




post by :- Ayza Wahid

♥Kek Coklat Moise♥

0 pinggan


wow... sedap sangat-sangat kek n..
yang penting.. kurang manis
korang try k
kat sini aku sertakan sedikit resepi..


bahan-bahan

bahan A
3 biji telur
1 cawan kecil minyak masak
2 cawan kecil gula

bahan B
2 cawan kecil tepung gandum
1/2 cawan kecil serbuk koko
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu kecil serbuk soda bicabonat (maaf kalau salah eja)

bahan C
1 kotak susu coklat ( 250ml)]
1/2 cawan nescafe ( nescafe yg telah dibancuh dengan air tanpa gula, tanpa susu)
1 sudu kecil esen vanila

bahan topping
1/4 cawan kecil minyak masak
1/2 cawan kecil susu pekat
1/2 cawan kecil serbuk koko
sedikit air panas


cara membuat

1. bahan A tadi di campurkan dan dipukul sehingga sebati
2. bahan B di campurkan dan diayak sehingga tiada ketulan tepung2
3. bahan C di campurkan
4. bahan B dan C diselang seli kan ke dalam bahan A.. buat smpai habis tau
5. bakar pada suhu 180 darjah celcius bersamaan 45 minit
6. bahan topping dicampurkan sekali, kacau sehingga sebati dan tuangkan ke atas kek tersebut..

selamat mencuba

♥puding keremal♥

0 pinggan

nyummy...
suka benor puding n.. lazat...
buat khas tuk kak zura..


bahan-bahan
bahan A
5 biji telor gred A
5 sudu besaq gula
1/2 tin susu cair
1/4 cawan kecil tepung kastad ( mesti yg sudah dibancuh dgn air k)
1 sudu kecil esen vanila

bahan B
1/2 cawan gula
1/4 cawan air
1 sudu kecil minyak


cara membuat

1. camporkan semua bahan A, bukul sehingga sebati
2. bahan B di masak atas api sehingga ianya bertukar warna kekuningan
3. bahan B dimasukkan dalam loyang, dan tuangkan bahan A ke atas bahan B td..
4. kukus kan dengan api sederhana, dengan masa selama 1 jam..
5. biar kan sejuk dan boleh dimakan


SELAMAT MENCUBA

♥kek batik biskut meri♥

0 pinggan

Sedap dan lazat......

kek kegemaran sekeluarga...

bahan-bahan

3/4 cawan mejerin/planta

1/2 cawan gula halus

1 bungkus biskut meri..yang dlm RM 4

1 cawan milo

3 biji telor

1/2 cawan susu cair


cara membuat

1. pukul mejerin dengan gula sehingga kembang

2. masukkan telor 1 per 1 sambil pukul

3. masukkan susu dan milo.. pukul sehingga sebati

4. masukkan kedalam periok dan masakkan bahan2 tadi sehingga pekat.

5. masukkan biskut meri yang telah di patah 2 ke dalam periok tersebut.

6.. sediakan bekas. masukkan bahan2 yang telah dimasak tadi.

7. bagi rata. bagi sejuk di luar.

8. masuk dalam peti sejuk..

9.. biar kan dalam tempoh 5 atau 6 jam..

10.. boleh dihidang.

♥BiSKuT GoReNG♥

0 pinggan
haha...

resepi n aku wat time sarapan or makan petang..

mudah dan sedap.. resepi dari ayahanda ku..


bahan2...

5 keping biskut kering

1 biji telur

sedikir sos cili.. klu nak boh sos lain pun xpa..


cara memasak...

1. patah2 kan biskut kering tu...

2.. panaskan kuali dengan sedikit minyak

3. masukkan telur ke dalam minyak.. macam goreng telur. bagi hancur..
api sederhana atau kecil sket

4. masukkan biskut td... dan tuangkan sos cili.. kemudian kacau.. sampai sebati..

5. angkat dan hidang..


sedap n.. cuba tau


post by :- Abah

♥BiHuN IkaN MaSiN♥

0 pinggan

n resepi.. dari ayahanda tercinta..
resepi orang bujang.. mesti cuba tau...



bahan2:=

1/2 ekor ayam... diambil isi sahaja.. tulang jangan dibuang

1/3 ekor ikan tengiri masam.. ambil isi..

cabai melaka... ikut kehendak masing2

5 ulas bawang putih.

1 1/2 paket bihun. direndam dalam air panas supaya lembut

garam secukup rasa,

ajinamoto...kalau x suka.. tukaq aja k..



Cara Penyediaan>>>

1. tumbuk isi ikan masin... ketepikan.. sambil tu..
panaskan minyak (jangan terlalu banyk sb minyak nak guna masak bihun pulak)
untuk goreng tulang ayam yang telah di buboh kunyit serbuk tadi

2. tumbuk cabai melaka bersama bawang putih tadi...
setelah tulang ayam tadi siap di goreng... angkat dan tos...
jangan buang minyak ayam td. jangan padam api

3. masukkan cabai yang telah ditumbuk.. bagi ada bau..
masukkan ikan masin bersama isi ayam yang telah di potong kecik2.

4. masukkan bihun yang telah direndam. dan gaulkan supaya ia sebati.

5. siap untuk dihidangkan.

jangan lupa cuba tau... x paham boleh tanya k...


post by :- Abah

♥roti johan♥

0 pinggan
bahan2...
roti...(xkesah, roti gardiner boleh, roti burger boleh, roti hotdog lagi la buleh)
daging cincang yang telah di rebus.. (ikut kita nak banyak atau sket)
telor 2 biji
bawang besar yang di cincang
daun sup sedikit yang dicincang
sos cili
sos lada
mayonis


cara membuat
pukul telur ke dalam mangkuk..
masukkan daging yang telah direbus, sedikit bawang yang dicincang,daun sup.
pukul bagi sebati...
panas kan kuali..
sedikit minyak..
masukkan bahan yang telah dicampor..
bagi leper... dan letakkan roti..
rapatkan mengikut roti...
alih2 kan sampai masak...
sesudah masak..'
letak di atas pinggan..
sapukan mayonis, sos cili dan sos lada..
potong pada yang kita suka..
selesai...
boleh makan...



post by :- Emak

♥spaghetti versi yulan♥

0 pinggan

hah.. korang mesti cuba k...
sodap sehingga menjilat jari...
ok lah.. moh kita start dengan bahan2,...


bahan A
5 biji cabai melaka @ cili padi (klu nak pedas lagi.. tambah lagi)
2 biji cabai kering
1 biji tomato..
1 tin kecik tomato puri...
1/2 cawan air


bahan B
1 biji cabai bangala..
1 biji bawang besaq yang kuning tu.. apa nama xtau..
1 tin cendawan butang.. cari yang halal..
4 keping daging burger.. (yang n mmg sedap bau n rasa)
sedikit garan dan pak aji


bahan c
spaghetti
1 sudu mentega




cara membuat..
senang saja.. bahan A potong la.. jgn halus sangat..
boh dalam blender.. n terus blander sampai lumat..
hah.. jangan boh tomato puri lagi
bahan B mesti potong dadu..
bahan c kita p rebus.. dalam 7 hingga 10 minit..
bahan A yang dah blen.. doh dalam kuali...
masak la.. tgu lagi...
masukkan tomato puri..
diikuti bahan B dan juga garam dan pak aji..
tgu sampai mendidih n masak...agak2 la...

siap spaghetti n kuah dia...boleh di hidang....


nikmati sepuas hati k....

♥Bengkang Roti♥

0 pinggan

bahan-bahan :

5kupang santan
1 cawan ayaq
1 buku roti gardinear
1 tin kecik susu cayaq
1/2 cawan gula



cara membuat :

ceraikan roti tersebut..
masukkan santan, ayaq, susu cayaq, gula..
kacau bagi sebati..
bagi kembang roti tu..
boh dalam bekas dan bakaq.. dalam suhu 180c selama 30 minit..
biar kan sejok...
boleh dihidang..

♥Burger Kids♥

0 pinggan


bahan-bahan:
1 keping Roti burger
1 keping ayam burger
1 biji telor
1 keping cheese
2 sudu besaq sayoq kobis yang telah dicincang jadi dadu
sedikit sos cili dan mayonis
sedikit sos tiram dan rempah daging


cara memasak:
1 potong roti menjadi 2..
2 bakarkan roti tersebut..
3 bakar kan ayam burger tersebut..
4 pukul telor dahulu dalam mangkuk dan tuang keatas tempat bakar..
5 bagi rata telor tersebut..
6.. tuangkan sedikit sos tiram dan rempah danging..
(selalu orang guna seosening ngan lada)
7 boh la ayam tu atas sos tiram ngan rempah
8 lipat telor tersebut secara baik..
9 letak kan roti.. dan boh sayoq atas roti..
10 tuangkan sos cili n mayonis
11 letakkan ayam dan telor tadi.
12 letakkan cheese dan sos cili
13 letakkan kepala roti

siap untuk dimakan..
note: guna api perlahan..

Mengenali SF

0 pinggan
Pengenalan

Akhirnya..
setelah berfikir panjang..
saya yang bernama Wirda Ayuni @ Yulan. Telah membuat 1 keputusan yang pasti untuk mencipta BloG istimewa khas buat teman-teman semua.. disini saya sertakan RESEPI @ RSF yang telah saya cipta dan create kan supaya nampak kan kelainan dan bercitarasa SEMUA... Santapan Familea terhasil dari makanan kesukaan saya iaitu italian masak ala malayu... aha.. moh la.. saya suka western, melayu, china, indian, italian, thai.. kira 1 dunia la.. dan saya campurkan kedalam segenap rasa masakan saya.. saya berpendidikan dalam bidang KEJURUTERAAN AWAM, mempunyai minat lebih mendalam dalam bidang MASAKAN... saya dilahirkan di kedah, pada tahun 1987... maka.. saya terjemahkan segala resepi dan petua Santapan Familea kepada ANDA..

Terima Kasih

tulus ikhlas
yulan
Related Posts with Thumbnails